Alahai... lemah gemalai dibuatnya bila melihat fesyen wanita ini. Mungkin pakaian ini direka khas untuk buat lelaki miang terkeluar bijik mata.
Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan manusia.
Tujuan manusia menutup badan adalah untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu telah menjadi aspek penting dalam berpakaian.
Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh.
Lihat Foto Fesyen Khas Disini
Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka.
Malahan tekanan daripada perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat.
Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identiti tersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain.
Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkan ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu.
Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik, kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat.
Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, ianya perlu disesuaikan dengan budaya dan latar belakang masyarakat.