Aku kakak sulung kepada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Aku sangat sayangkan diorang dan boleh berbual apa pun dengan dorang walaupun ada masa aku tegas and strict.
Dalam post ni aku nak cerita pasal adik lelaki bongsu aku yang boleh kata adik favourite aku la senang kata sebab memang kami rapat and dia sangat dengar kata dan tak kurang ajar.
So sekarang musim raya ni, adik cuti dari ipts di negeri lain. Cerita dia sekarang ni, hari tu sebelum raya adik aku cerita cadang nak kenalkan girlfriend dia pada keluarga.
Sebelum ni dia ada cerita juga pasal gf dia pada aku, and aku rasa budaknya okay, nampak baik, educated, sopan walaupun tak bertudung.
Dia pun cerita la the girl banyak tolong dia in so many terms, duit, kereta, topup dan banyak lagi sebabnya mak kami ibu tunggal, so tak dapat provide much untuk adik yang study ipt swasta.
Aku pun masih study, tak dapat juga nak tolong dia banyak, hanya sikit-sikit yang aku simpan tiap bulan sorok bawah tilam.
Tapi sekarang ni, yesterday to be exact, aku terjumpa something dalam phone adik aku. Aku tahu aku tak patut buka phone adik aku.
Mulanya phone tu aku memang guna nak main games and some editing apps untuk gambar raya and aku memang tahu password dia.
Tapi aku accidentally, memang tak sengaja terselect on his video app and terkeluar la video gadis itu dalam gallery tu. And aku sangat lah terkejut dengan content yang ada dalam tu.
Guess what? Kalau porn, aku masih lagi okay, okay bukan sebab apa, sebab benda tu boleh bawak berbincang dengan dia sebab nya aku open minded bila discuss benda ni dengan adik-adik untuk elak apa-apa masalah sebab tiada ayah, ibu pulak sentiasa bekerja.
Kalau porn juga, aku boleh slow talk and advice dia from time to time. Tapi, aku nampak video recordings dia dan girlfriend dia sedang berzina.
Aku tak bukak pun video tu cuma dia memang bergerak dalam gallery tu. Aku tergamam, terkejut tak tau nak buat apa.
Bukan tu je, korang tau kan kalau bukak gallery dia keluar grids yg kecil-kecil dalam 9 kotak tu kan?
Yang lain tu penuh dengan video gf dia dalam keadaan yang tak patut. Aku takut. Aku risau. Tapi yang buat aku lagi terkejut is sebab video tu datang dari phone gf dia resolution tinggi from iphone, adik kak long pakai lenovo je.
Apa patut aku buat? Macam mana kalau gf dia pregnant? Macam mana kalau dapat STD? Macam mana kalau mak tau? Macam mana? Macam mana dia boleh buat macam tu?
Macam mana dorang boleh terfikir? Dorang tak takut ke? Ada lagi banyak benda yang kak long nak cerita tapi kak long tak tau nak sampai kan macam mana, tak tau nak type macam mana.
Tolong dear readers, bagi suggestions ya, yang murni-murni yang boleh bantu kak long selesaikan masalah ni. Kak Long takut.