Home » , , » Ahli Politik Di Pecat Selepas Videonya Tersebar Di Laman Sosial

Ahli Politik Di Pecat Selepas Videonya Tersebar Di Laman Sosial


BEIJING: Seorang wanita yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pegawai Parti Komunis China menerusi satu video yang tersebar di laman sosial baru-baru ini telah menggemparkan seluruh negara itu.

Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini.

Wanita itu pada mulanya di dakwa perempuan simpanan Lei. Namun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang di upah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.

Menerusi satu laman blog, Zhao Hongxia yang berusia 23 tahun berkata, dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya yang sedang sakit.

Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.

Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya,” kata Zhao.

Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, seorang ahli politik yang dipecat sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video yang serupa membabitkan lebih ramai lagi pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.

Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai.

Chongqing, bandar raya yang diketuainya, di gambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Berita mengenai video seks itu yang tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Video itu tersebar di Internet negara itu selepas rakaman itu dimuat naik oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang di daftarkan di Hong Kong.

Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu.

Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang di petik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.

Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei.

Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum.