Jabatan Polis Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu rakaman video kejadian kejar-mengejar diantara polis dan juga penjenayah.
Semasa pihak polis sedang mengejar, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah pegawai yang mengikuti kereta curi tersebut.
Akhirnya pihak polis berjaya menghalang kenderaan suspek, namun apabila dia cuba untuk melarikan diri buat kali terakhir, pihak polis telah melepaskan tembakan yang telah menyebabkan suspek terbunuh dalam kejadian tersebut.