Home » , » Ramai Yang Tergelincir Jatuh Semasa Pengebumian Wanita Itu

Ramai Yang Tergelincir Jatuh Semasa Pengebumian Wanita Itu


Sebuah kejadian yang agak jarang kita dengar berlaku kepada seorang wanita yang berasal dari sebuah daerah di Malaysia.

Jenazah tersebut dikatakan sudah hendak dimasukkan ke dalam liang lahat semasa proses pengebumian. Kisahnya ini terjadi ketika orang ramai mula mengantarkan jenazah tersebut ke tanah perkuburan.

Walaupun telah diangkat oleh enam orang lelaki dewasa dengan formasi dua di depan dua di tengah dan dua di belakang, namun keranda itu masih terasa sangat berat.

Sehingga ditambah dua orang lagi lelaki untuk membantu menangkat keranda dan akhirnya keranda itu pun dapat dibawa ke tanah perkuburan.

Setelah jenazah sampai di tanah perkuburan, terjadi sedikit masalah apabila hujan mula turun dan membuatkan tanah menjadi licin dan ramai orang pun mula tergelincir.

Sepanjang proses jenazah dikuburkan, terdengar tangisan daripada keluarga dan sanak saudara.

Allhuakhbar!!! Allhuakhbar! Allhuakhbar!! Allhuakhbar!! kata-kata itu keluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam pemakaman tersebut setelah satu kejadian aneh terjadi.

Jenazah wanita yang dirahsiakan namanya itu sudah 3 kali dimasukkan ke dalam liang lahat, namun tidak muat, padahal si penggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran asalnya.

Setelah gagal dalam hal tersebut, seorang ustaz menyuruh anggota keluarga untuk melaungkan azan di pengebumian itu. Dan barulah jenazah selamat dikebumikan.

Menurut jiran, jenazah adalah seorang wanita yang suka mengumpat serta memfitnah tanpa bukti, dan jenazah juga tidak pernah menutup auratnya selama hidup, dia suka memakai pakaian seksi menampilkan bentuk tubuhnya.

"Kami sebagai jiran pernah menegur kelakuannya itu, namun kami di caci maki serta dilempari dengan kasut lantaran dia lebih kaya dari kami," katanya.

Jadikan ini pelajaran bagi kita agar kita tak menjadi umat seperti ini. Dan semoga bermanfaat untuk kita semua.